Friday 10 November 2017

TRIP BEIJING 2011- PART 3

Hari ke- 3 kami di Beijing..28 Oktober 2011, kami bangun awal dan sarapan di hotel ja...makan apa yang boleh di makan..so kami bertolak awal dari hotel..pukul 8.00 pagi dh keluar..kami buat lawatan ke Tiananmen Square. Salah satu lokasi dataran yang banyak sejarah dan pentadbiran di negara China. Zhengyangmen Gate. Pintu itu terletak di selatan Dataran Tiananmen dan sekali gus mengawal kemasukan selatan ke Inner City. Walaupun banyak tembok kota Beijing telah dirobohkan, Zhengyangmen kekal sebagai penanda geografi penting di bandar ini. Pusat paksi utara-selatan pusat bandar melalui pintu utama Zhengyangmen. Ia dahulunya bernama Lizhengmen yang bermaksud "portal cantik". Sumber Wikipedia..hihi ..maap..suka sgt copy sejarah..






Then kami jalan masuk ke Forbidden City..Sebelah ja dengan Tiananmen Square..Bagi peminat filem kungfu atau filem period Hongkong, pasti biasa menonton adegan di dataran dalam bangunan istana Maharaja yang sangat besar. Aha.. begitulah Forbiden City, atau turut kita kenali sebagai Istana Larangan.

Forbidden City merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Qing.Dibina pada zaman Maharaja Chengzu dari Dinasti Ming Dynasty (1368-1644). Ada macam lokasi cantik dalam Kota Larangan nih..kami spend masa lama jugak..










Besaq betoi Kota Larangan ni..jalan masuk pintu lain..kira keluar pun pintu lain..mau kata sesat taktau la..kat sini kami nampak ada jugak sejarah2 masa tu..sebelum tu kami jumpa jugak tentera2 yang tengah berkawad area dataran..Perjalanan kami amik masa jugak sebelum naik bas..sempat lagi posing tgk keadaan sekitar..lawa ..ada jugak tempat lawatan yang bersih..kalau tempat bukan yang hot mmg kotor skit..



Lepas tu kami dibawa ke HardRock Cafe..mmg shopping la org yang rajin kumpul koleksi baju2 tulis hardrock cafe ni..kami xbeli pun...tunggu posing luar ja sbb tunggu kawan2 membeli.




Ada jugak org shopping sakan kat sini,,tp aku mmg tak ikut trend..so aku xbeli la...Lepas tu kami semua balik makan dan rehat dihotel sahaja..gambar shopping tak byk ada..

Keesokannya 29 Oktober 2011, kami semua keluar awal..singgah satu tempat yang mmg ada bangunan tinggi..so kami sempatla amik gambar atas jalan..jalan masih lengang lagi..katanya area ni selalu ada pengambaran filem.. tp memandangkan time tu awal lagi..so org pun masih tak ramai..

Sarapan 



Muka kak Wahida xleh telan makanan...


Boleh mana la moto ni..depa posing sungguh


Jalan lengang..apa lagi..amik kesempatan la..

En Zul versi China..kami ikut ja

then kami dibawa oleh travel agen ke kilang jed lagi..haha kali ni tengok gak kot ada yang bagi harga murah lagi...




posing lagik..kali izmir beli...
On the way tu kami singgah ke Stadium Olimpik Sarang Burung  (Bird's Nest Stadium) atau Stadium Nasional Beijing ini sangat popular sejak Beijing mengadakan sukan Olimpik pada tahun 2008. Ketika Beijing menyuarakan hasrat untuk mengadakan sukan ini, ramai pihak tidak percaya akan kemampuan China mengadakan sukan bertaraf dunia ini.

Apabila China memenangi undian untuk menghoskan Sukan Olimpik ini banyak pihak dari seluruh dunia mengkritik dan memulau China. Antara isu-isu yang diketengahkan ialah hak-hak asasi manusia (seperti kebebasan bersuara) yang dicabuli negara itu, hak kebebasan Tibet yang gagal ditangani, tahap pencemaran udara yang tinggi di Beijing. dan tahap amalan kebersihan yang rendah.

Namun Beijing telah mengadakan Sukan Olimpik ini dengan jayanya dan telah membuka mata dunia bahawa mereka bukan "kecil-kecil cili padi". Kami posing dari jauh ja..tapi yang lawaknya aku ingat lagi tetiba ada orang mai jual panda..kami beli la jugak untuk anak2..








Sebab dah lewat so kami pun xlarat jalan nak melintas pi tengok stadium ni lebih dekat..ada yang pi tgk..tp kami sekadar posing dari jauh ja..sebab kabus..so xdak la nampak sgt stadium tu...then dalam keadaan tak larat tu kami dibawa singgah ke masjid untuk solat ..masjid Nan Dou Ya...

Beijing Nandouya Mosque terletak di No. 15, Nandouya Hutong. Tata letak Beijing Nandouya Mosque adalah timur dan barat berorientasi dengan halaman dan ruang berdoa menghadap ke arah Mekah.

Masjid Nandouya Beijing pertama kali dibina di Dinasti Yuan (1279-1644) dengan pintu masuk utama, dewan doa dan kemudahan lain. Pintu masuk asal masjid Nandouya mempunyai lintel Islam dengan bulan sabit di atas. Tembok gaya tradisional Cina dari Masjid Nandouya adalah lebar 395 meter, menghadap pintu utama masjid.

Pada tahun 2003, Masjid Nandouya dipindahkan ke tempatnya sekarang yang terletak kira-kira 100 meter di barat daya tapak asalnya kerana peningkatan infrastruktur Beijing. Dengan pelaburan sebanyak lapan juta Yuan Yuan dari kerajaan Beijing dan sumbangan umat Islam tempatan, Masjid Nandouya baru dibina dengan gaya rumah tradisional Cina yang meliputi ruang lantai 1600 meter persegi. Masjid Nandouya kini menjadi contoh terbaik bagaimana masjid baru dibina menggunakan bahan dan teknik moden manakala gaya Cina dan Islam tradisional masih terawat dengan baik.







Next lokasi kami ke kilang buat pisau atau steel..







Kami masuk tengok ja..tak membeli pun ..sempat posing dekat dataran luar dari kilang tu..ni ja bunga kami jumpa..bersih..so lps tu kami balik dan makan...






End of that day..29 Oktober 2011..lama betul kat sana..tak abih2 aku mengarang..haha....lps ni boh gambar ja..xlarat dah nak cerita ooi....apa la yg lama sgt 'me time' nih...

No comments:

Post a Comment