Sunday 5 November 2017

KENANGAN TRIP BEIJING 2011 -PART 1

Assalamualaikum...

hai..hai...kenangan mengusik jiwa aku dan jugak kawan2 aku...memandangkan kenangan tu dah muncul balik..so kengkawan sepejabat minta aku coretkan kenangan mereka2..chewah..termasuk aku la tu...dalam blog serba mengarut aku nih..haha...memandangkan itula 1st time kami pergi luar negara tajaan company kami..rupanya masa tu dah wujud 'me time' dalam kamus kami..cuma tak sedaq..haha...

ok kami di taja oleh PKNK atau nama panjang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah..ohooho...ke Beijing pada tahun 2011 ..ni adalah award utk semua staf yang berusaha keras untuk stabilkan company kami sepanjang tahun 2010..so trip kami ni taktau yang ke berapa dalam beberapa group..aku dah tak ingat sbb tak jumpa sebarang kesan peninggalan ataupun kertas ataupun bukti kukuh dalam hasil punggahan 5s di bilik aku minggu lepas...yang ada cuma gambar2..so aku gagahkan jua menaip demi kawan2..

haha...kami pergi ni tarikh 25 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2011..masa ni kalau tak silap mmg musim sejuk yang amat sbb nak beralih ke musim salji..so kami mmg bawak jaket tebal2 yang memenuhkan ruang beg..seingat aku masa ni aku mengandungkan aina delisha 4 bulan...masa tu baru ja abih alahan dan masa ngandungkan aina alahan aku tak seteruk alahan masa pregnant wafiq..aku masih boleh makan dan makanan masam ja aku cari..tapi time beijing ni aku dah selera makan dah...so 'me time' ni aku tinggalkan encik suami dan wafiq di rumah...seiingat aku masa ni aku mmg nak bawak suami dan anak pergi..siap buat passport dan visa dah..tapi disebabkan tetiba keluaq rules takleh bawak anak tecik takut nyusahkan orang lain..so batalkan je niat bawak mereka..takpe aku dah gantikan dengan trip bertalu2 setiap tahun...

sambung balik..merapu ke laut daa....ok kami pergi ni ramai..sebiji bas..25 Oktober tu kami bertolak dr pejabat ke Penang Airport waktu petang..so dr KLIA naik penerbangan MH 370 ke Beijing jam 12.00 malam kalau tak silapla..kami sampai Beijing dalam pukul 6.00 pagi pada 26 Oktober 2011...penerbangan amik masa 6 jam..dan time Malaysia dgn Beijing takdak beza cuma Beijing sejukla..hihihi...ni muka kami kat KLIA..posing sakan..jenuh aku pilih gambar nak letak dalam ni...beribu keping...

Penang Airport..baru lepas solat...muka ada cahaya skit

Dah kat KLIA ..kak wahida call laki dia habaq kata dah KLIA..belum pi Beijing lg

Posing sakan ..baru KLIA..

Flight lambat lagi...posing lagik..hoho..

So kami sampai ja kat Beijing cuaca sejuk..masa ni aku ingat lagi...semua sampai ja kalut punggah beg amik baju sejuk tebai..semua kena marah dgn drebar bas Cina tu sbb dia xboleh bg bas parking lama2..kami dan lg punggah beg besaq tu..haha lawak..aku mmg ingat part ni...meh tgk muka kita balik mai...aku kurus time ni..jgn jeles na....


Depa ja buleh pi hanimun..kami pilih utk 'me time'...hoho..


tengok tu muka syok depa nihh...hiihihi

malangnya beg aku tak nampak..taktau byk mana brg aku bawak..

So kami sampai awal pagi..muka mmg tak mandi dah sbb dah sejuk gedik...haha..so hari ni beg mmg dok dalam perut bas ja..kami akan mula berjalan2..bukan jalan kaki tau...kami kena pi makan dulu..masa ni mmg travel agent bawak pi sarapan dulu la...sbb kami semua dah kelaparan..aku mmg lapaq la sgt..bolehla makanan depa..masuk tekak lalu lajuuuu ja...janji isi perut..awal pagi depa jamu nasik goreng cina..meh tgk mana nasik tu...restoran aku tak ingat..maap...

Hanya muka aku ja kurus..haha sorry tini dan jue...


hah nindia nasik goreng cina Beijing...sedap wooo..haha..

Kenyang dah kan..ok kami nak pi jalan2 ..so kami di bawak ke Summer Palace di Beijing yang mana merupakan sebuat pusat lawatan yang best giler..cantik dan menyerupai West Lake di Hangzhou. Sebenarnya Summer Palace ni kawasan tiruan dari West Lake tu tapi lokasi kat Beijing la...Istana musim panas merupakan salah satu istana raja di Negeri China yang dibangun pada tahun 1750. Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'.  Istana ini telah dijadikan salah satu dari situs warisan UNESCO pada tahun 1998..Semua sumber Wikipedea na..aku sengaja letak bagi korang tau jugak tempat ni ada sejarah nya..eheheee....

Kenangan kat sini aku ingat ..kawan kami ..puteri kena tipu duit Vietnam lama..haha xleh guna dah..ni semua gara2 beli stokin tangan kat situ...tukar balik dia bagi duit Vietnam tahun bila tah..haha...rupanya mmg travela agen tu pesan..hati2 dengan peniaga jalanan..ada yang baik..ada yang niat jahat menipu..so kami baru la tau..dah kena baru tau..beringatla kan...








Peluk semacam depa nih...sejuk sgt kot..haha

Jejaka sungai petani..haha maap Din..terbubuh gambar..tunjuk kat bini na..




lawa jambatan ni..kami nyeberang jambatan ni..jumpa tempat lawa lg..



nak suruh beli mutiara depa la ni...





Dalam pukul 12.00 tghari camtu kami dibawa untuk makan tengahari..mcm biasa makanan cina sama ja wlupun nmpk cam best..hahah kak wahida mmg tak lalu langsung makanan cina time ni..dia muntah lebih dr aku yang pregnant..kami makan jugak ..restoran mmg aku xtau namanya..tp korang tgk la gambar ni..kot2 korang tau nama pa restoran ni..haha...





muka kenyang

lepas ja makan ..kami akan ke byk lg destinasi sebelum balik hotel..kami ke Masjid Deway yang berusia 500 tahun di Jalan Deshenwen. Masjid ni ada  keunikan seni bina dan ukiran Islam lama ala China.. mmg lawa.kami sempat posing jugak selepas solat..



blur..boh jugak la gambaq blur pun...


Sempat lg posing ngan selipar masjid

Pasni kami ke Zoo Beijing, tengok panda..first time tengok panda real..comei. kali ni memang geng ni posing sakan..sampai aku pun tak larat nak ikut...mmg layan sungguh..zoo tu luas yang amat..bukan panda ja ada..adoi..cuba tengok muka aku ..penat dah..maklumla bawak baby..sejuk pulak tu..so kami mmg jalan2 menikmati view zoo..zoo bersih ...haiwan pun bersih jew..so kami pantang jumpa bunga..posing kalah..haha..mana nak cari bunga dah time nih..kempunan nak jumpa bunga..ada ja bunga posing..ada ja posing adala bunga..hihi



Letih layan geng ni...dok sat la...

panda buat show sempena geng PKNK sampai










Batu bentuk bulat pun depa syok pegang masa ni..
so aku boh 6 bijik depan opis sekarang ni...bg depa pegang..haha

Habis ja melawat zoo kami ke pertunjukan akrobatik di  Chaoyang Theatre..teater tu bukak petang..so pukul 6ptg jugak kami tgk persembahan..aku letak skit movie persembahan sebab ada dalam kamera kak wahida..haha ..kelam tapi bolehla untuk korang tengok...semenjak 20 tahun terakhir ini, lebih dari tiga juta penonton asing termasuk orang-orang penting yang berkunjung ke sana.  kira hebat la teater ni..tp kalau tak silap aku mmg tempat ni salah satu tempat wajib pegi kalau ikut travel agent..

awal makcik ni lena..bukan geng kami..maap makcik..tersangkut sekali



lepas tu kami di bawak untuk makan malam..sebelum balik hotel..penat yang amat..dengan tak mandi pada tarikh 25-26 oktober tu..lahai....letih...makan ada gambar geng ni ja..orang lain tak amik gambar time makan sbb lapaq kot noh...haha



ok jom ..nnti sambung lagi episod lain...penat karang berjela...harap bantu korang susun itenary lawatan....babai...




No comments:

Post a Comment