Monday 26 February 2018

KENANGAN VISIT EUROPE -PART 2

20 Februari 2015...3 tahun yang lalu..

hai..akak sambung lagi kenangan ke Europe sebab bulan ni mmg bulan mengingati 3 tahun ke sana...
pagi tu kami bangun awal sbb perjalanan jauh lagi..kami kena packing bag sebab nak tukar hotel.. so mmg pakej ni tak sekali dengan makan..kami bawak sendiri beras, abang Brahim, ikan bilis, sambal itam pahang dan jugak segala periuk..haha..akak mmg pakar masak dalam hotel ...

So pagi tu kami akan bertolak ke Brussels..Jauh perjalanan..kami naik bas hampir 3 jam 30 minit..memang sepanjang perjalanan mmg akak lelap skit2 camtu jer sebab rasa rugi kalau tak tengok view sepanjang ke Brussels tu.. So akak singgah jugak beberapa destinasi sebelum sampai Brussels..

byk betul kincir angin sepanjang jalan..





Sempat posing dengan driver bas kami..









So kami sampai ke destinasi pertama di Brussels, ibu negara Belgium..mmg cuaca sejuk..akak tak tahan..habis muka2 akak nak tutup..so kami sampai ke tempat nama Atomium..kami terus ke monumen unik yang dinamakan Atomium. Ia adalah sebuah monumen berbentuk bulat seperti atom yang bersambung antara satu sama lain setinggi 335 kaki. Ia dibina pada tahun 1958. 






Then kami pusing2 dengan tour guide sekitar Brussels. Selepas bergambar, dan berswafoto sepuashati, kami bergerak ke Grand Place. Grand Place ialah dataran bersaiz 68 X 110 meters yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi tersergam yang sangat unik senibinanya. Di sini juga terletaknya Muzium Bandaraya Brussel.





Infantry Memorial..






Parc du Cinquantenaire

Sepanjang hari hujan..so kami tak kira hujan..memang jalan jugak dekat area Grand Palace tu..mmg kami byk masuk kedai cari jugak fridge magnet dan juga baju2 bertanda Brussel..haha..byk area kami singgah utk ambil gambar mcm kat atas tu..memang byk bangunan sejarah yang menarik..








Group kami..lepas shopping ..hujan pun jadi..
Kat Brussels banyak patung budak kencing..replika Manneken Pis, patung seorang budak lelaki kecil yang sedang kencing. Makna Manneken Pis tu sendiri dalam bahasa Belanda adalah “budak kecil kencing”… kecil jer patungnya tapi popularitinya sangat menakjubkan. Seluruh dunia datang ke sini semata-mata nak tengok patung yang sedang kencing berdiri ni. Hahaha...akak pun tak amik gmbr tu..malu.hahah ..sejarah menyatakan Dalam abad ke-14, Brussels sedang dikepung oleh kuasa asing. Agak lama bandar ini, tetapi penyerang tak dapat menembusi tembok kota dengan menggunakan bom. Seorang budak lelaki kecil bernama Julianske tanpa sengaja mengintip mereka dan tahu rancangan mereka. Dia membuang air kecil pada fius yang terbakar menyebabkan rancangan itu gagal. 

Gambar akak google semata2 nak tunjuk kat korang...hahah

So kami dah selesai jalan..sampai melecet la kaki..kasut pun masuk air..kami balik ke hotel..malam takder aktiviti sbb masing2 dah tak larat nak pikiq..nnti akak sambung Part 3 na...

No comments:

Post a Comment