Sunday 29 October 2017

TRIP KE AUCKLAND NEW ZEALAND 2010 PART 1

hai..assalamualaikum...

Disebabkan hari ni tiba2 memori dalam facebook keluar gambar kami ke Auckland New Zealand 7 tahun yang lalu..sajela aku nak kaut balik memori tu masuk dalam blog ini..haha puncanya dok pikir bila la pulak pergi Auckland nih...

Time aku pergi ni 18 Oktober 2010 sampai 23hb Oktober 2010..masa ni pergi sebab ada factory visit untuk kerja aku la..aku ngan member nama dia Puteri ke lawatan kilang ni dengan kontraktor..kiranya kami nak pergi testing produk yang kami order dari Auckland...produk tu nama dia sistem pagar elektrik yang kami nak pasang di Booster Pump Station sebanyak 6 unit sepanjang naik ke Puncak Gunung Jerai..Kira ni la projek 1st yang kami buat factory visit..ni la dikatakan rezeki sbb sepatutnya bos yang pergi tapi sebab bos dah letih baru ja balik dari factory visit pump untuk projek yang sama ke Turki...so kami berdua la pergi..

Time tu anak aku yang sulung masih lagi kecik..baru ja 1 tahun lebih..sedih gak nak tinggal muka kecik anak aku tu..tapi pa nak buat..kerja punya pasal..time tu jugak si puteri ni baru ja pregnant anak sulung..so aku la kena jaga dia..alhamdulillah dia kuat ja..tapi terberanak awal la pulak...haha...

Ok kami bertolak ke Auckland 18 Oktober 2010..masa tu baru ja kejadian gempa bumi teruk berlaku kat New Zealand..nama tempat tu Christchurch.. Jauhla dari Auckland.. Masa tu pergi dengan 3 orang lagi 1 dr kontraktor Mr Ooi Chun Lim dan 2 lagi kontraktor..So masa bertolak tu kami pergi KL dulu..tidor di Tune Hotel dulu 1 malam sbb nak bertolak awal pagi ke New Zealand..Masa ni naik Malaysia Airlines sbb Air Asia belum ada lg penerbangan ke New Zealand..Perjalanan rasanya amik masa 12 jam..korang bayangkan apa nak buat 12 jam dalam flight tu..ha...mmg aku tgk movie ja kerjanya...masa tu famous cerita Lagenda Budak Setan..kira memori sedih la aku dalam flight tu dengan semua movie2 lain..hahaha....tidor berkali2..

Cuba korang tengok muka kami masa ni..slim lagi tu..haha


Muka aku budak2 lagi time ni..hahah

Mak buyung yang tak berapa nak buyong

So kami sampai sana 19hb Oktober 2010..So kami sampai sana pagi jugak ..kami stay di hotel SkyCity..dekat dengan Sky Tower New Zealand..mmg cantik sgt bilik..masa ni sejuk sgt..baru habis bunga berguguran..sejuk ngat...kami amik kereta sewa kat sana..so yang bawak kereta tu kontraktor micheal la.....Sampai sini time pagi jugak..dalam pukul 9pagi camtu..Tapi benda aku ingat..masa check dan scan beg tu aku kena tahan sebab bawak balm..depa sana tak benarkan kita bawak botol bentuk mcm balm tu sbb ingat sama macam madu..madu adalah produk Auckland yang terpelihara kat sana..then puteri pulak kena tahan sebab bawak sambal ikan bilis yang mak dia buat..sambal tu terburai ngan minyak2..lepas Mr ooi bagi penjelasan dapat la jugak balik sambal bilis tu..hahaha.. Perjalanan ke hotel amik masa 1 jam dan kami semua check in..rest dulu sbb seharian letih atas kapal terbang dan penat...tghari baru kuar cari makan..

Hotel kami stay


bilik cantik..tap xtau berapa harga sebilik..lupa..

Then kami check in hotel dulu sebelum keluar makan dan jalan- jalan sekitarnya...kami jalan2 sekitar kawasan dulu..riki2 apa ada disepanjang kawasan tu..byk kedai..tapi semua tak halal la...mana la tau kan..pi pulak dgn chinese..mmg xsurvey la ..kami pun budak lg time tu..hahah tak cerdik nak meng'google'..kami keluar jalan2 jer ..masa ni Auckland tgh hot dengan sukan Ragbi rasanya..so mmg bykla tempat dia jual barang2 ragbi termasuk la baju...kami byk jalan2 tengok kedai cenderamata ..hari 1st mmg window shopping dulu..sampai malam kami jalan..sejuk yang amat tp pakai sweater nipis lagi..

with Mr Ooi Chun Lim






Keesokan harinya 20 Oktober 2010 ..kami bangun awal bersiap sebab nak pergi mulakan kerja..ke kilang buat sistem pagar elektrik ..Jenama Speedrite untuk produk nama EDS Electric Security Fencing..So kami breakfast di hotel ja sebelum bertolak ke lokasi kilang tu..

Kami dah kenyang sambal bilis + roti dah time ni..


With all the team 

Kereta sewa kami


Posing ngan mat saleh..1st time jumpa org putih la katakan..jakun


Moto kerja diaorg

Kilang pun guna pagar elektrik..sebelah tu sekolah..

Nama kilang Thru Test..
Habis ja lawatan kami bersiar2 jer...kami pergi tengok kawasan bekas tinggalan gunung berapi..Mount Eden atau dikenali sebagai Maungawhau in Maori...atas bukit..cantik dan sejuk sgt..memusing jugak nak cari tempat tu..haha..lepas tu kami jalan2 area tu..Maungawhau, salah satu daripada 48 kesan peninggalan gunung berapi dan titik  tertinggi di Auckland. Letusan terakhir gunung berapi dianggarkan sekitar 28,000 tahun yang lalu. Ia memuntahkan lava dari tiga kon yang berbeza untuk membentuk tanah di mana penduduk Auckland stay sekarang nih. Puncak, yang dilalui oleh kedua nama Māori dan Inggeris, adalah titik tertinggi di bandar dan orang kata memang kena pegi tengok. Kawah dia sedalam 160 kaki di Te Ipu-a-Mataaho ("The Bowl of Mataaho") dinamakan selepas dewa dikatakan tinggal di dalamnya, menjaga rahsia bumi. Dari bahagian puncak gunung berapi tertinggi di Auckland (196m) ni akan nampak keseluruhan isthmus dan kedua-dua pelabuhan. hoho sejarah benor aku cari...

balik tu mmg lalu di kawasan tepi laut aka pelabuhan ..subhanallah cantik betoi kawasan tu..singgah nama tempat nama Okahu Bay..tengok cantik dan sempat la jumpa bunga apa tah..haha lawak..tak jumpa bunga dah..yg tu ja ada...

Central Auckland







Okaku Bay

Ini ja bunga yang kami jumpa..haha



Alahai panjang betoi story aku..haha..takper aku sambung kat Part 2...babai...

jom jelajah baca Part 2


No comments:

Post a Comment