Sunday 1 October 2017

PERSEDIAAN KE OSAKA 2017

Assalamualaikum..masa post ni ditulis aku dan family baru ja balik dr Osaka, Jepun..tarikh bertolak 23 September 2017 dan balik 27 September 2017.. mula- mula aku nak citer la benda apa aku bawak ke Osaka dan persediaan apa yang aku bawak..

Mula- mula aku mestilah booking tiket dulu..ahahaha kebetulan masa ni bulan Mac 2017 Airasia tengah buat promosi so aku beli la tiket..tp aku xtau la nak kata murah ke tak dr orang lain punya tiket kan..so kat sini aku dapat tiket 

AOR - KUL-AOR  total RM 607.12 ..masa ni mmg mahai skit sbb seat tu RM 70/sorang. Aku adds on--> booking seat tepi tingkap untuk anak2 dan lain2 tahla cas mcm2 kenala bayar banyak tu...haha tp bolehla daripada nak kena drive dr kedah ke kl ..sama ja kos cuma time cepat dan tak letih encik suami aku nak drive

KUL -OSAKA- KUL total RM 3,040.00.. masa fair ni aku dapat tiket RM 366/sorang..yang lain2 tu aku adds on makan untuk 4 orang, seat tepi tingkap untuk anak2 jugak, insuran untuk 4 orang dan lain2 services charge yang air asia kenakan kat aku so jadila total tu..bolehla..kira bahagi 4 orang jatuh RM 760 pergi balik KL-osaka-KL..untuk 4 hari di sana.

So lepas tu aku pergila buat passport kat kami berempat..memandangkan Malaysia telahpun mengecualikan kat org malaysia xyah dah pakai visa ke jepun..so jimatla skit poket aku...ahaha..cuma gi jer buat passport baru yang ada cip kat depan tu...passport lama xder cip so kena buat visa la..tp kami berempat buat passport baru terus..alhamdulillah terbang duit RM 600.00 buat passport baru..kihkihkih...syok kan berbelanja...


Memandangkan aku lupa aku dah buat insuran ke tak dengan airasia dan bila check certificate tu aku dah delete dan taktau apa yg air asia cover ..so aku amik insuran dr company luar..tp lg murah dr air asia jer..bila tgk balik rupanya coverage insuran mereka- mereka ni sama ja..cuba dr travel insuran company Gabungan Baiduri Sdn Bhd ni lagi murah..untuk family baru jer RM80.00..xper aku amik..biar byk insuran pun xper..sekurang2 nya aku xsusahkan makayah aku kalau jadi pape kat sana..sbb dengar kata jepun..kos perubatan sangat mahal...

Tempat tinggal..disebabkan kami pergi ni family backpackers dan tak amik tour guide so kami pilih homestay yang selesa untuk kami jer sefamily dan tak sharing dengan org lain ..kami jugak ambik homestay yang mahal skit sbb nak stay di kawasan yang dekat dengan station dan tak perlu tukaq2 train banyak kali..so kami pilih area Namba Osaka..tempat homestay guna AirBnb. Kos RM 1,180 untuk 4 hari 3 malam..semua kelengkapan ada termasuk mesin basuh dan perkakasan memasak..nama homestay tu Noboru House, 3-16-23 501, Nambanaka,Naniwa-ku,Osaka,Japan Zip-556-0011...mmg selesa la..lebih kurang 10 minit dr Namba Station..sini aku letak skit gambar umah tu..kot2la korang cari yang selesa camni..














Pakaian..kami bawak tu skit jer..cuma baju budak2 je lebih..sbb dah nama backpackers kan..skit la..seluar 2 helai..baju 3 helai..untuk jalan2..untuk tidor bawak sepasang jer..selebihnya pakaian kecik2..untuk anak2 aku bawak seluar dan baju 3 pasang..baju tidor 3 pasang..sbb sana ada mesin basuh..so aku basuh jer baju diaorg..tp itu pun lebih xpakai..lps ni nak pegi lain kena reduce lagi..kami pergi time ni sejuk biasa2 jer..paling rendah pun 23 degree..so mmg bawak jaket untuk tidor dalam kapal terbang jer..jalan2 mmg xbawak jaket..jimat space beg..hihi..

Ok last sekali barang apa aku bawak..dengar kata jepun susah cari makanan murah dan halal..kalau ada pun jauh2..barang dia pun mahal kalau convert dengan RM..so aku bawak stok makanan byk..boleh kata sebahagian dalam beg roda biru aku tu mmg semua makanan, ubat dan bahan mandian termasuk la sewing kit..haha mana tau baju terkoyak..aku bawak la jugak abang Brahim..paste die..roti gardenia tu, ikan bilis che Nor, meggi, milo dan nestum 3 in 1, beras, jem strawberi dan kaya, kopi 3 in 1 dan lain2 la..2 kali jer aku makan kat luar..sbb nak try jugak makanan jepun..selebihnya byk gak singgah family mart dan 7 eleven sbb anak aku berkenan sgt dengan onigiri tuna dan salmon..hihi..telur dan sayur fresh aku beli jer kat family mart..ada jer jual..


                                                     Ni beg yang kami bawak ke Osaka

Masa kat kastam osaka tu,,xder pun check beg..kami sampai dah lewat malam so tengok2 beg dah ada siap tepi conveyer belt tu..amik beg terus kuar jer..mudah jugak kat sana ..yang lama beratur masa nak check passport jer sbb org ramai..kaunter byk bukak tp ramai orang asing masuk jepun..

ok sebelum aku habiskan cerita panjang aku nih...aku ambik jugak wifi yang sewa dekat dengan KLIA2 ..apa nama tah kedai tu..Tune kot..haha tak ingat..sewa RM90 jer..deposit RM 200..ini tujuan nak mudahkan korang kalau korang sampai awal ke Osaka dan tak check in lg hotel ..kami pagi tu jalan2 dulu baru la check in petang..so sgt perlukan wifi..tp aku rasa tak berbaloi amik wifi sbb line sgt slow di sana kecuali keluar dr bandar osaka..lebih baik beli simkad jer..last2 kami guna peta jer..download peta google punya la lembab..makngot..kami byk bertanya kat information counter la lepas tu...haha

ok bye..nnti aku sambung lagi perjalanan kami kat Osaka, Kobe dan Kyoto...



No comments:

Post a Comment